[VIDEO] Fauziah Gous Pegang Janji Suami, Ubah Diri Jadi Lebih Baik – “Saya Pernah Cakap Dengan Dia Kalau Jodoh Terhenti, Saya Akan Buka Tudung Sebab…”

[VIDEO] Fauziah Gous Pegang Janji Suami, Ubah Diri Jadi Lebih Baik – “Saya Pernah Cakap Dengan Dia Kalau Jodoh Terhenti, Saya Akan Buka Tudung Sebab…”

Pelakon jelita, Fauziah Gousmendedahkan dirinya pernah membuat pengakuan mengejutkan kepada suami, Mohd Zhafran Md Yusof atau Zam, mengenai niat berhijabnya.

Kata Fauziah, pada awalnya dia bertudung kerana suaminya, namun selepas mendirikan rumah tangga, niat itu bertukar menjadi satu perjalanan peribadi untuk menjadi insan lebih baik.

“Saya pernah cakap dengan Zam, kalau satu hari nanti kami tak ada jodoh, saya akan buka tudung sebab saya buat benda ni untuk dia.

“Tapi selepas bernikah, saya tekad untuk berubah kerana saya nak jadi yang terbaik, bukan saja untuk dia, tapi untuk diri sendiri. Itu janji saya sewaktu bernikah dengannya,” katanya.

Lebih menyentuh hati, Fauziah turut mengimbas kembali janji manis suaminya ketika mereka merakam video pra-perkahwinan yang masih segar dalam ingatannya sehingga kini.

“Zam pernah kata, ‘Sayang, I love you. Insya-Allah, saya janji akan bagi masa untuk awak.’ Bagi saya, masa itu sangat penting.

“Saya ni jenis kuat bekerja dan berdikari, tapi dengan Zam semua benda pun tak boleh buat tanpa dia. Ubat pun kalau dia tak bukakan, memang saya tak makan,” ujarnya.

Fauziah bagaimanapun menegaskan, setiap fasa hidupnya ditempuh dengan tenang tanpa paksaan.

“Saya tak akan ‘rush’. Saya tahu cara nak perbaiki diri perlahan-lahan, sebab saya tak mahu ada niat yang terburu-buru atau dipaksa,” katanya.

Fouziah berkongsi perkara itu menerusi rakaman video pendek ketika menjadi tetamu majlis ilmu tertutup anjuran selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa.

Sekadar info, Fouziah berkahwin dengan suaminya, Mohd Zhafran Md Yusof pada 21 September 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata.

@nunha.store

Dah dapatkan ticket untuk majlis ilmu tertutup yang akan diadakan pada 30/8/25 ? kalau belum dapatkan di link di bio. tinggal kurang dari 10 ticket. terhad untuk 45 orang sahaja. dapatkan segera. Innsyallah jumpa di sana

♬ original sound – Nunha Store HQ – Nunha Store HQ

Scroll to Top