Ahmad Zahid enggan layan ‘kenyanyukan seseorang’

Ahmad Zahid enggan layan ‘kenyanyukan seseorang’

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan melayan dakwaan kononnya berlaku campur tangan pihak luar dalam pemilihan Menteri Besar Negeri Sembilan, sebaliknya menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘kenyanyukan seseorang’ yang tidak memahami realiti politik.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, menjadi tanggungjawabnya sebagai pengerusi gabungan berkenaan di peringkat kebangsaan mengemukakan watikah serta cadangan nama kepada pihak Istana bagi proses pelantikan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

“Saya tidak mahu melayani ‘kenyanyukan seseorang’ yang tidak memahami realiti politik bahawa nama mesti dikemukakan kepada pihak Istana dan sebagai Pengerusi BN tentunya saya perlu mengemukakan watikah dan juga cadangan nama.

“Kalau tugas saya sebagai Pengerusi BN di peringkat kebangsaan dianggap sebagai orang luar, ertinya kenyanyukan itu jelas terpancar daripada wajah orang yang mengatakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Scroll to Top