[VIDEO] Isteri Menangis Black Hanifah Hadiahkan Kereta Mewah – “Bukan Sebab Hari Istimewa, Tapi Dia Sendiri Adalah Istimewa”

[VIDEO] Isteri Menangis Black Hanifah Hadiahkan Kereta Mewah – “Bukan Sebab Hari Istimewa, Tapi Dia Sendiri Adalah Istimewa”

“Kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa disisi”

Demikian luahan penyanyi Black Hanifah selepas memberi kejutan buat isteri tercintanya, Naquia Yasirah Mohd Khairi dengan memberikan hadiah berupa kereta mewah jenis Mercedes Benz-AMG GLC43.

Menerusi perkongsian di Instagram, Black atau nama lengkapnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 38, berkata, hadiah tersebut tidak pernah cukup untuk membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang isterinya telah berikan selama ini.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi.

“Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membalas semua pengorbanan dan kasih sayang yang dia beri.

“Bukan sebab hari istimewa,tapi sebab dia sendiri adalah istimewa.. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada… tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata,” katanya.

Video pendek tersebut memperlihatkan Naquia gagal menahan sebak meskipun pada awalnya dia tidak menyangka suaminya hanya bergurau.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan pengikut Black menitipkan ucapan tahnaih dan mendoakan agar pelantun lagu Teman Pengganti itu sentiasa dimurahkan rezeki.

 

 

Scroll to Top