Pempengaruh, Nur Nilam Ortiz dipercayai telah mempunyai pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan untuk melindungi dirinya.
Sebuah video di platform TikTok memaparkan isteri kepada aktor, Azlan Komeng itu bersiar-siar di pusat membeli-belah terletak di ibu kota.
Namun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah kelibat seorang lelaki memakai baju serba hitam mengikuti Nilam sambil memegang beg tangan milik wanita berusia 45 tahun itu.
Menerusi ruangan kapsyen, Nilam menegaskan dia tidak peduli atau terkesan sama sekali dengan kritikan atau tohmahan netizen terhadapnya kerana mempercayai Allah SWT itu maha adil.
Sebaliknya, setiap kecaman yang diterimanya itu menyuntik kekuatan kepada dirinya untuk terus cekal menghadapi ujian yang berat itu.
“Jangan kau mimpi aku akan jatuh sebab ramai yang tengah kecam aku. Aku tak perlu pun sebab aku tahu siapa aku, kat mana au berdiri sampai sekarang. Aku tetap tegas, tahu nilai diri sendiri.
“Nak tuduh? Fitnah? Silakan. Allah uji sebab Allah sayang. Teruskan fitnah sebab aku tidak dihisab atas perbuatan orang,” tulisnya.
Terdahulu, Nilam tampil menafikan wanita berniqab yang tular bersama Azlan di dalam sebuah kereta itu adalah dirinya.
Sebelum ini, Nilam mendedahkan Azlan bakal berkahwin untuk kali kedua.
Susulan perkembangan itu, Nilam hadir ke Mahkamah Syariah pada 9 April lalu bagi memfailkan permohonan fasakh.
Sekadar info, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.
@puan_nilamortiz jangan kau mimpi bahawa aku akan jatuh because ramai yang tengah kecam aku, aku tak perlu pun because i know who im, kat mana aku stand until now pun,aku tetap tegas tahu,aku tahu value aku,orang nak tuduh?sila, orang nak fitnah?sila,dan like always ALLAH TEST ME SEBAB ALLAH SAYANG,untuk orang yang rancak bercerita,untuk yang rancak menfitnah?teruskan,sebab aku tidak di DIHISAB ATAS PERBUATAN ORANG, DAN bila korang dah berani menulis,menfitnah,menambah ASAM GARAM GULA KUNYIT DALAM DERITA ORANG LAIN, aku cukup YAKIN korang pun mesti dah KEBAL untuk layan BALASAN TUHAN, enjoy ur KIFARAH GUYS, SEBAB ADA DOA AKU HANCURKAN MEREKA YANG MENFITNAH AKU, DAN UNTUK KAU DAN KAU,BUAT LAH APA PUN, I ALWAYS KNOW MY VALUE, KORANG TAK BOLEH JATUHKAN BUDAK SEKETUL NILAM NI SEBAB I KNOW WELL ALLAH WILL AND ALWAYS BESIDE ME,TERUSKAN DENGAN SIKAP DRAMA KORANG @FOUNDER NILAM EMPIRE
Artikel Berkaitan: “Kalau Dah Benak Ubi Tu Memang Benak Juga”- Azlan Komeng Buka Mulut, Dedah Bakal Isteri Kedua Berniat Jatuhkan Nilam
Artikel Berkaitan: “Saya Lagi Cantik Daripada Nilam Tau, Sebab Mata Ni Lah Azlan Komeng Jatuh Cinta” – Bakal Isteri Kedua Azlan Komeng Tampil Bersuara!
Artikel Berkaitan: “Demi Tuhan Aku Takkan Maafkan!” – Terima Banyak Fitnah, Nur Nilam Ortiz Nafi Wanita Berniqab Bukan Dirinya
Artikel Berkaitan: Akui Dah Tuntut Fasakh, Nur Nilam Dakwa Azlan Komeng Sulitkan Proses Cerai




