Bekas anggota kumpulan Sleeq, iaitu Syarif mengakui prinsip mengenai rezeki telah berubah sejak meningkat dewasa.
Penyanyi dan usahawan yang berasal dari Singapura ini berkata makna rezeki menurutnya di usia 35 tahun ini adalah merangkumi kesihatan mental, kesihatan yang baik termasuklah bertanggungjawab menjadi ketua keluarga yang mampu menyediakan keselesaan.
“Jika awak tanya saya apa prinsip rezeki ketika saya berusia 20-an, saya akan katakan ia semua tentang perkara material. Saya mahu beli rumah, saya mahu beli kereta dan sebagainya. Semua itu adalah impian dan cita-cita yang kita ada.
“Tetapi kini, saya rasa kesihatan dan kejernihan mental adalah segalanya, selain juga mampu menyediakan makanan di atas meja, sesederhana itu pun, bagi saya itulah rezeki,” katanya.
Sementar itu, Syarif yang pernah mempunyai kumpulan duo bersama Alyph ini turut mempercayai kepentingan berkongsi rezeki bersama orang lain, terutamanya pekerja yang berkhidmat untuknya.
“Kita juga tidak akan menjadi miskin dengan memberi. Bahkan untuk pekerja saya, saya berikan apa sahaja yang mereka inginkan dan apa yang mereka layak dapatkan. Saya bawa mereka bercuti empat hari ke Vietnam, hanya untuk menggembirakan mereka, untuk berkongsi kemajuan dan rezeki syarikat. Jadi, bagi saya, itulah definisi rezeki saya sekarang pada usia 35 tahun,”
@diariayah Makna & prinsip rezeki berubah semakin kita dewasa #diariayah #ayah #podcast @Syarif sgl juga kongsi cara beliau kembangkan perniagaan @Chulop! & @Boms & Buns ke Malaysia @Boms & Buns dalam podcast Diari Ayah.




