[VIDEO] Kongsi Pengalaman Misteri Diganggu Bunian, Elfira Loy Hampir ‘Dibawa’ Ke Alam Lain

[VIDEO] Kongsi Pengalaman Misteri Diganggu Bunian, Elfira Loy Hampir ‘Dibawa’ Ke Alam Lain

Pelakon popular, Elfira Loy, mendedahkan pengalaman menyeramkan yang dialaminya ketika penggambaran drama Qalesya apabila dipercayai menjadi ‘tumpuan’ makhluk halus sepanjang lebih 30 hari di lokasi.

Menerusi podcast Sembang Seram, Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, berkongsi kisah yang berlaku ketika mereka menjalani penggambaran di sebuah chalet terletak di kawasan hutan Hulu Langat.

“Lebih 30 hari saya berlakon dan lebih 30 hari juga saya sengsara nak lawan ‘benda’ tu,” katanya.

Menurut Elfira, semuanya bermula apabila dia bergambar berhampiran sebatang pokok pada waktu senja, tanpa menyedari perbuatannya itu mengundang kehadiran ‘pengikut’ dari alam lain.

“Saya memang suka pokok dan bunga. Pada satu petang saya ambil gambar dekat pokok, masa tu nak dekat Maghrib. Esoknya saya mula rasa lain macam, gelisah, panas, penat sangat sepanjang penggambaran,” katanya.

Gangguan yang dialami Elfira semakin serius apabila seorang lelaki yang arif dalam hal mistik memaklumkan dirinya sedang diperhatikan oleh beberapa ‘anak bunian’ yang telah ‘tertarik’ dengannya.

“Abang tu selalu tanya saya okay ke tak. Satu hari dia berdiri belakang saya, katanya dia rasa panas. Dia cakap ada anak-anak bunian ikut saya. Mereka suka saya,” ujarnya lagi.

Tambah Elfira, perkara itu dikaitkan dengan kawasan tempat dia bergambar, yang dipercayai merupakan ‘port’ permainan makhluk tersebut.

“Saya baru teringat… saya ambil gambar dekat pokok buluh. Kata mereka, itu tempat anak-anak bunian duduk dan bermain. Mereka tertarik dengan saya, anggap saya kawan mereka,” jelasnya.

Lebih mengejutkan, gangguan itu dipercayai turut berpunca daripada nama watak yang dibawanya dalam drama tersebut, yang kebetulan sama dengan nama puteri dalam dunia bunian.

“Watak saya nama dia macam nama puteri mereka. Sebab tu mereka nak ikut saya. Mereka nak saya jadi puteri mereka,” katanya.

Pelakon berusia 31 tahun itu juga memaklumkan, gangguan tersebut memberi kesan terhadap emosinya, menyebabkan dia rasa lemah dan hilang tenaga bukan hanya dari fizikal, tetapi juga dari segi rohani.

@sembangseram

lepasni nk amik gambar kena hati2 weh🥹 #Elfiraloy #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Kisahhantu #Ceritahantu #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Kredit: Podcast Sembang Seram

Scroll to Top