Pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri menerima kritikan segelintir pihak selepas berkongsi video memaparkan dirinya sedang menari.
Menerusi platform TikTok, Erissa atau nama lengkapnya, Erissa Puteri Hashim, 22, mengakui dirinya menjadi ‘hyper’ selepas mendirikan rumah tangga.
“Maaf, lepas kahwin ni jadi lagi hyper,” tulisnya ringkas di kapsyen video tersebut.
Bagaimanapun, video tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menasihatinya untuk menjaga maruah suami dan keluarga mentua.
Malah, ada juga segelintir netizen yang mendoakan agar Erissa terus istiqamah dalam menjaga penampilan dan tingkah lakunya.
Sekadar info, Erissa telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Danial Iskandar pada 22 April lalu.
@erissa_puteri Sorry la lepas kahwin ni jadi makin hyper
♬ Shake It To The Max (FLY) (Remix) – MOLIY & Skillibeng & Shenseea