[VIDEO] Mengaku Rindu Suhaimi Saad, Ina Naim Tersenyum Dengar Lagu Inteam.. Netizen Komen: “Mesti Bila Dengar Suara Arwah Auto Rasa Bangga & Bahagia”

[VIDEO] Mengaku Rindu Suhaimi Saad, Ina Naim Tersenyum Dengar Lagu Inteam.. Netizen Komen: “Mesti Bila Dengar Suara Arwah Auto Rasa Bangga & Bahagia”

Bekas isteri kepada Allahyarham ahli Kumpulan Inteam, Suhaimi Saad iaitu, Ina Naim meraih perhatian selepas dia berkongsi sepotong video pendek menerusi hantaran di ruangan TikTok miliknya.

Video berdurasi satu minit lebih itu menunjukkan Ina sedang memandu kereta sambil mendengar lagu dari kumpulan nasyid popular itu berjudul, Impian Kasih.

“Berangan tu tak salah kalau kita nak jadi isteri solehah,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.

Namun begitu, perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang tersentuh melihat tindakan Ina, yang disifatkan sebagai seorang wanita solehah yang begitu merindui arwah suaminya.

Scroll to Top