[VIDEO] Momen Syed Saddiq Mesra Bersembang Dengan Ibu Bella Astillah Buat Netizen Teruja – “Wah Dengan Ibu Mertua”

[VIDEO] Momen Syed Saddiq Mesra Bersembang Dengan Ibu Bella Astillah Buat Netizen Teruja – “Wah Dengan Ibu Mertua”

Kemesraan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama ibu pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Zarina mencuri tumpuan ramai di media sosial.

Menerusi sebuah video tular di platform TikTok, Saddiq kelihatan mesra bersembang bersama ibu Bella ketika mereka bertemu di sebuah majlis, baru-baru ini.

Apa yang meraih perhatian netizen adalah perbualan dan tindakan ibu Bella yang mesra disapa sebagai Eina itu menyimpan buku nota kecil milik Saddiq di dalam beg tangannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Saddiq yang seakan sedang seronok bersembang bersama bakal ‘ibu mertuanya’ itu.

Sejak kebelakangan ini, hubungan antara Saddiq bersama pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu ini menerima sokongan ramai sehingga nama mereka digabungkan dengan tanda pagar #BASS.

Malah, sebelum ini tular sebuah video siaran langsung memaparkan Bella menafikan hubungan mereka yang dipaparkan kepada umum itu didakwa sekadar ‘marketing’.

@__urfavaff

comel je mama bella tolong simpankan buku note yb🥰 #syedsaddiq #bellaastillah #BASS #syedsaddiqbellaastillah #bass #fy #fyp #foryou #fypシ゚ @Syed Saddiq @Bella Astillah

♬ suara asli – SADLYRICS🥀 – SADLYRICS🥀

Scroll to Top