[VIDEO] Nabil Aqil Dedah Digoda Golongan Lelaki, Siap Ada Menyamar Jadi Perempuan – “Bagi Gambar, Cuba Nak Pancing Saya”

[VIDEO] Nabil Aqil Dedah Digoda Golongan Lelaki, Siap Ada Menyamar Jadi Perempuan – “Bagi Gambar, Cuba Nak Pancing Saya”

Pelakon, Nabil Aqil, 26, tidak menafikan dia sering didekati oleh individu lelaki yang meminati kaum sejenis, serta mereka yang menyerupai wanita (pondan).

Ketika ditemui XTRA, Nabil berkata dia acap kali menerima mesej memaparkan foto-foto daripada individu yang cuba mendekatinya semenjak dia berumur 17 tahun.

“Sebenarnya yang banyak cuba mendekati saya ‘gay boy’ dan pondan. Perempuan ada, tapi segelintir.

“Dari saya umur 17 tahun lagi banyak sangat individu yang acah-acah jadi perempuan tapi sebenarnya pondan nak cuba saya. Mereka bagi gambar, nak pancing saya.. sampai sekarang masih lagi mencuba walaupun saya dah terang-terang seperti ini.

“Bila saya tengok gambar tu saya tahu dia perempuan, jangan tipu. Saya dah boleh baca perempuan tulen ataupun palsu.

“Bukan itu saja, ada juga ‘gay boy’ yang cuba nak goda saya. Saya sendiri tak tahu kenapa,” katanya.

Malah, baru-baru ini aktor drama rantaian Lelaki Melayu Terakhir ini mendedahkan intipati mesej di TikTok miliknya yang dibanjiri oleh kaum lelaki.

“DM (Direct message) saya dah macam asrama lelaki dah. Macam mana ak single kalau lelaki saja yang conquer,” tulisnya.

Nabil Aqil

Dalam perkembangan lain, karya lakonan Nabil, Tonton Original Series Salju Rindu Di Bumi Auckland yang turut dibintangi oleh Riena Diana dan Keith Foo kini sedang disiarkan di Tonton.

Tonton Original Series membawakan kepada anda sebuah drama bersiri yang pasti akan mencuri hati penonton, Salju Rindu di Bumi Auckland, yang menampilkan gandingan mantap dua bintang hangat, Riena Diana dan Keith Foo.

Drama penuh emosi ini berlatarbelakangkan keindahan bumi Auckland, mengisahkan tentang kekeluargaan, cinta, dan juga penebusan. Drama ini merupakan hasil terbitan Global Station yang diarahkan oleh Riza Baharudin.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabil Aqil Sifatkan Fattah Amin Lelaki Melayu Terakhir – “Dia Sangat Baik, Tak Merokok…”

Scroll to Top