[VIDEO] Nyanyian Ara Johari Bikin Peminat Gagal Tahan Sebak, Netizen Komen: “Lagu Ni Memang Menusuk Dalam Hati”

[VIDEO] Nyanyian Ara Johari Bikin Peminat Gagal Tahan Sebak, Netizen Komen: “Lagu Ni Memang Menusuk Dalam Hati”

Penyanyi berbakat, Ara Johari mencuri perhatian ramai selepas sepotong video pendek tular di media sosial memaparkan momen emosional antara dirinya dan seorang peminat wanita.

Video berdurasi lebih seminit itu dirakam ketika Ara sedang membuat persembahan lagu hit nya berjudul , ‘Menjaga Jodoh Orang Lain’ dalam satu acara anjuran Hari Si Manja Dutch Lady bersama HotFM di adakan di Johor Bahru, baru-baru ini.

Bagaimanapun, apa yang menyentuh hati ramai, Ara dilihat menghampiri seorang peminat wanita yang sedang memangku anak kecil sambil menitiskan air mata, dipercayai terkesan dengan bait-bait lirik lagu tersebut.

“Sorry kalau saya tanya, ditinggal hidup? Baru lagi?” soal Ara.

Namun wanita itu memaklumkan,  dia dan suaminya baru sahaja berpisah.

Momen itu bukan saja membuatkan ramai sebak, malah turut menyentuh hati warganet yang rata-rata memuji kepekaan dan kelembutan Ara ketika berinteraksi dengan peminat.

Scroll to Top