Pelakon, Ruhainies meluahkan rasa syukur apabila berpeluang untuk menghadiri majlis ilmu bersama pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.
Menerusi perkongsian di Instagram (IGG) miliknya, Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 33, manis berpenampilan jubah serta memakai tudung labuh.
Bukan itu sahaja, Ruhainies juga dilihat tidak lekang dengan tasbih digital yang manis dijarinya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memuji wajah Ruhainies yang dikatakan kelihatan berseri-seri, selain turut mendoakan agar selebriti ini kekal istiqamah.
Meskipun pernah terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama aktor dan penyanyi, Aliff Aziz namun ada juga dalam kalangan netizen yang berharap agar orang ramai memberi peluang kepada Ruhainies untuk berubah ke arah kebaikan.




