[VIDEO] Rumah Sewa Janna Nick Di London Cecah RM22,000 Sebulan?

[VIDEO] Rumah Sewa Janna Nick Di London Cecah RM22,000 Sebulan?

Selepas berkongsi beberapa video sedang giat mencari rumah sewa di London menerusi platform media sosialnya, pelakon dan penyanyi, Janna Nick akhirnya berkongsi berita gembira selepas usahanya itu berjaya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Janna dan suami yang juga pelakon, Dini Schatzmann meluahkan rasa teruja kerana dapat berpindah ke rumah baru mereka di sana.

“Harini pindah rumah. Tak sabar,” katanya.

Dalam pada itu, Dini juga meluahkran rasa gembira apabila dia akhirnya dapat berpindah ke rumah idamannya.

“Kamu happy tak? Happy sebab dapat rumah idaman saya,” kongsinya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mendakwa rumah yang kini didiami Janna dan suami itu disewa pada kadar 4,000 pound sterling bersamaan kira-kira RM22,600 sebulan.

 

Sekadar info, Janna dan Dini akan menetap di kota London bagi menyambung pengajiannya di sana selama setahun.

 

Scroll to Top