[VIDEO] “Saya Ni Mulut Tiada Insurans” – Netizen Terlalu Cepat Menghukum, Emma Maembong Pilih ‘Menyepi’ Dari Media Sosial Demi Kesihatan Mental

[VIDEO] “Saya Ni Mulut Tiada Insurans” – Netizen Terlalu Cepat Menghukum, Emma Maembong Pilih ‘Menyepi’ Dari Media Sosial Demi Kesihatan Mental

Enggan terus menjadi mangsa kecaman netizen, pelakon cantik, Emma Maembong, nekad mengambil langkah menjauhkan diri daripada media sosial demi menjaga kesihatan mental.

Emma, atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata dia kini lebih selesa bersikap ‘low profile’ dan hanya menggunakan Instagram untuk urusan kerja sahaja.

“Saya ni kadang-kadang mulut tiada insurans dan perwatakan kasar, sebab itu saya dah kurang aktif di media sosial. Kalau buka Instagram pun, lebih kepada kerja. IG Story pun dah jarang sangat,” katanya.

Menurut pelakon drama Wanita Milik Kaiden itu, dia pernah menerima pelbagai komen negatif hanya kerana cara dirinya yang dikatakan tidak seiring dengan penampilan manisnya.

“Dulu saya selalu kongsi aktiviti harian, tapi bila dah mula orang tegur macam-macam kata ‘kenapa perangai macam ini? Lembutlah sikit tak kena dengan muka.’ Ada juga yang kata, ‘sudah jadi mak orang janganlah perangai macam ini’.

“Habis tu, perangai mak orang nak jadi macam mana?,” soalnya.

Emma turut menegaskan dia mahu menjaga kestabilan mental yang jauh lebih penting berbanding memuaskan hati netizen dianggap terlalu cepat menghukum.

“Orang nampak kita kasar dan banyak cakap, ada saja yang salah. Bila dapat banyak sangat maklum balas yang negatif, ia tidak baik untuk kesihatan mental. Jadi lebih baik tak payah buat terus,” katanya.

@inayahbeautytrading

korang tengok sampai habis🥺#emmamaembong #watieshuib #talita #thalita #kesetiaan #watiehanafiah #shuibsepahtu #sitisarahraisuddin #fyp #berryfull #gattox #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2025 #TikTokShop

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (Speed Up) – PONCHET

Kredit video: Inayah Beauty

Scroll to Top