Pelakon senior, Liza Abdullah tampil memuji keperibadian penyanyi, Amira Othman yang dikatakan seorang wanita berbudi bahasa dan tidak sombong.
Menerusi sebuah video siaran langsung tular di platform TikTok, Liza atau nama penuhnya, Norliza Abdullah memberitahu dia sudah lama mengenali hati budi Amira malah sebelum namanya terkait mempunyai hubungan bersama aktor, Fattah Amin.
“Sebelum kisah dia dikaitkan dengan Fattah Amin saya dah kenal dia lama. Zaman awal dulu, dia antara adik yang saya rasa Masya-Allah hebatnya, sangat merendah diri, budi bahasa sangat baik, rupa paras dia jangan cakaplah.
“Dia tidak pernah sombong walau di tahap mana dia berada sekalipun dia tetap sama macam dulu. Alhamdulillah, kami selalu berjumpa di majlis ilmu, kelas pengajian. Dia sangat merendah diri. ,” katanya.
Seakan ‘merestui’ hubungan Amira bersama Fattah, aktres drama rantaian popular 7 Hari Mencintaiku ini turut mendoakan yang terbaik buat ‘pasangan’ selebriti itu seandainya mereka berjodoh.
“Sampai akhir-akhir ini bila orang kaitkan dengan Fattah, saya sebagai kakak, sahabat sering mendoakan yang terbaik. Dia selalu kata dia belum ada jodoh lagi, tak ada kekasih, kalau Allah kata dia dengan Fattah, apa kata kita ni doakan yang terbaik,” ujarnya.
@torygolden kak liza abdullah describe pasal amira othman, alhamdulillah, semoga amira othman sentiasa dikelilingi orang2 yang baik aminn. #amiraothman #fattahamin #lizaabdullah #fypage #fyp




