[VIDEO] “Ujian Ini Buka Mata Saya Tentang Siapa Kawan & Lawan… Rupanya Dalam Diam Ada Yang Tak Suka” – Nur Fazura

[VIDEO] “Ujian Ini Buka Mata Saya Tentang Siapa Kawan & Lawan… Rupanya Dalam Diam Ada Yang Tak Suka” – Nur Fazura

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura meluahkan rasa syukur Allah SWT memberi ujian yang dianggap istimewa daripada bahagian hidupnya.

Melalui keretakan rumah tangga, Fazura berkata ujian tersebut telah membuka matanya untuk menilai siapakah rakan yang benar-benar ikhlas berkawan dengannya.

“Di fasa ini sebenarnya saya sangat bersyukur Allah bagi ujian yang sangat istimewa untuk saya. Tak semua orang dapat melaluinya.

“Ujian ini membuka mata saya tentang siapa kawan dan lawan, siapa yang dalam diam tak menyukai saya dan sebagainya,” katanya.

Fazura berkata demikian menerusi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Sementara itu, aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini mengakui terkejut apabila segelintir rakannya mula menunjukkan sikap sebenar yang tidak disangka-sangka.

“Selama ini kita berprasangka baik dengan orang, selalu sokong rakan kita tetapi bila ujian ni terjadi Allah tunjuk perkara sebenar dan saya sangat terkejut.

“Orang yang selama ni baik dan rapat dengan saya tak pernah bertanya khabar sekalipun, tetapi mereka yang saya jarang berkomunikasi adalah orang pertama yang menghubungi saya tanya khabar dan beri kata-kata semangat.

“Alhamdulillah, syukur Allah bagi ujian yang istimewa ini. Saya sangat gembira dan tenang sebab dapat tengok siapa kawan dan lawan.

“Masa kedepan ini Allah persiapkan saya untuk hadapi hari lebih indah, mudah-mudahan,” katanya lagi.

insert vid

Terdahulu, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu selepas memfailkan cerai pada 13 September.

Sekadar info, bekas pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, tiga tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Minta Kembali ‘Free Hair’, Nur Fazura Tampil Respons – “Masa Tu Dah Berlalu…”

Artikel Berkaitan: Lucu! Peminat ‘Lamar’ Ajak Kahwin, Respons Nur Fazura Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: Lagu Adele ‘Make You Feel My Love’ Penuh Bermakna Untuk Anak, Ramai Puji Nyanyian Fazura – “Love Your Accent!”

Artikel Berkaitan: Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang &  Bahagia – “Syukur Kepada Allah”

Scroll to Top