[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

[VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Kahwin Sekufu, Syed Saddiq ‘Blushing’ Disoal Bakal Isteri Ada Keturunan Sharifah Atau Tidak?

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas mengajukan soalan menarik kepada pendakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI) berkenaan isu perkahwinan melibatkan keturunan Syed dan Syarifah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform Threads, Saddiq bertanya sama ada lebih afdal jika individu berketurunan Syed dan Syarifah berkahwin atau sebaliknya.

Namun, beliau turut menyatakan kefahamannya bahawa perkahwinan tetap sah selagi pasangan itu beragama Islam dan baik akhlaknya.

Menjawab persoalan yang diajukan, UAI sekaligus menjelaskan mengenai konsep sekufu yang jarang diberi perhatian dalam bab perkahwinan terutama dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

“Dalam Islam, sekufu bermaksud padan dari segi taraf. Seorang bapa tidak boleh memaksa anak perempuan berkahwin dengan lelaki yang tak sekufu dengannya, kecuali anak itu setuju. Kalau dia tak setuju dan pasangan itu tak sekufu, maka tidak sah perkahwinan tu,” katanya.

Dalam pada itu, UAI turut memperincikan penjelasannya berkenaan perkahwinan dalam kalangan orang biasa dengan individu yang berketurunan Syed atau Syarifah.

“Dalam kes Syed dan Syarifah, perkahwinan antara lelaki Syed dan wanita bukan Syarifah hukumnya harus dan tidak ada perbalahan isu dalam kalangan ulama.

“Yang menjadi perselisihan ialah apabila wanita Syarifah berkahwin dengan lelaki bukan Syed. Jika wanita itu suka, hukumnya sah dan dia dikahwinkan dengan wali mujbir (bapa atau datuk).

“Tapi kalau wanita itu suka, maka ia duduk di dalam perselisihan ulama. Dia seorang Syarifah kahwin dengan yang bukan Syed, sebahagian (ulama) kata sah.

“Tapi kalau dia tidak suka, bapa dia tidak boleh kahwinkan anaknya dengan yang bukan Syed, kerana yang bukan Syed tidak sekufu dengannya.

“Kalau sudah tidak sekufu, maka hendaklah dijaga kebajikan perempuan tersebut.

“Apabila ada perselisihan dalam kalangan ulama, hukumnya jadi luas. Maka perkara yang luas tidak perlu disempitkan.

Di akhir perkongsian, UAI turut berseloroh apabila bertanyakan kepada Saddiq sama ada calon isterinya kelak mempunyai gelaran Syarifah atau tidak.

“Bakal (isteri) ada Syarifah tak?” soalnya.

Saddiq yang malu diusik dengan soalan tersebut bagaimanapun membalas pertanyaan tersebut dengan sopan.

“PM tepi Ustaz, sebab tu saya tanya soalan ni,” tambahnya.

 

Scroll to Top