Vimal, Chooi Fern juara sulung 5000m (Jemputan) Run The Track

Vimal, Chooi Fern juara sulung 5000m (Jemputan) Run The Track

Vimal (depan) muncul juara kategori elit lelaki 5000m (Jemputan) Run The Track di Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bangi pada malam Sabtu.

PELARI separuh marathon, G Vimal, 29, muncul juara kategori elit lelaki 5000 meter (m) (Jemputan) Run The Track yang diadakan di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Seksyen 15, Bangi pada malam Sabtu.

Larian tersebut ternyata menguji kemampuan fizikal dan strategi para peserta terutama dalam keadaan hujan dan trek basah.

Vimal berkata, perlumbaan trek pada waktu malam sesuatu yang ‘rare’ kerana tidak banyak pihak menganjurkan acara seperti itu.

“Perlumbaan trek ini memang menyeronokkan, tidak begitu letih berbanding perlumbaan pada waktu petang yang panas.

Scroll to Top