mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers iaitu Joey, 63, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, pagi ini.
Berita sedih ini disampaikan oleh isterinya, Zarinah Zainal kepada Harian Metro.
“Assalamualaikum w.b.t
Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bawaha Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 August 2026, 08:11 AM di hospital HKL sebentar tadi ..
“Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah…,” katanya menerusi mesej WhatsApp.
Menurutnya, Joey mengadakan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya, semalam dengan menyanyikan dua lagu sebelum rebah lalu dikejarkan ke HKL oleh ambulans.
“Sampai di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Dia juga ada komplikasi jantung tersumbat.
“Benda berlaku terlalu cepat. Joey sangat baik orangnya. Saya bertuah dapat dia.
“Harap sedekahkan Al-Fatihah buatnya,” katanya dalam perasaan sedih.
© New Straits Times Press (M) Bhd
