Wabak norovirus dilaporkan di kapal persiaran Caribbean

Wabak norovirus dilaporkan di kapal persiaran Caribbean
Wabak norovirus dilaporkan di kapal persiaran Caribbean

Gejala utama wabak norovirus termasuk cirit-birit dan muntah. Gambar hiasan

WASHINGTON – Wabak norovirus dilaporkan merebak di atas sebuah kapal persiaran Princess Cruises Caribbean Princess semasa pelayaran transatlantik, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Wabak itu, yang dilaporkan pada 7 Mei kepada CDC, meliputi pelayaran kapal pada 28 April-11 Mei dari Pelabuhan Everglades.

Daripada 3,116 penumpang, sebanyak 102 (3.3 peratus) dilaporkan mengalami gejala, selain 13 daripada 1,131 anak kapal (1.2 peratus).

Gejala utama termasuk cirit-birit dan muntah.

“Kami dengan segera menyahjangkit setiap kawasan kapal dan menambah sanitasi tambahan sepanjang pelayaran,” menurut pihak kapal sambil menambah bahawa kapal itu akan menjalani pembersihan menyeluruh sebaik tiba di Pelabuhan Canaveral pada 11 Mei sebelum berlepas untuk pelayaran seterusnya. – Bernama

Scroll to Top