‘Wake up call’ buat Harimau Malaya

‘Wake up call’ buat Harimau Malaya

Reaksi kecewa para pemain negara selepas aksi final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. – Foto: Bernama

KEKALAHAN 0-2 kepada pasukan Tajikistan dalam aksi final Pestabola Merdeka menjadi ‘wake up call’ kepada Harimau Malaya menjelang aksi penting kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November dan Piala Asia di Qatar pada Januari nanti.

Kekalahan tersebut menyaksikan rekod positif tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir termasuk keputusan membanggakan mengikat pasukan China di ranking ke-80 dunia dan Syria di ranking ke-93 dunia pada aksi persahabatan lalu selain menewaskan pasukan di ranking ke-102, India lebur di tangan Tajikistan.

Malah, peningkatan mendadak ranking daripada kedudukan 154 dunia ke 134 dunia yang dipamerkan Harimau Malaya sejak Kim Pan-gon mengambil alih pasukan negara dalam tempoh kurang dua tahun juga bagai ‘dikejutkan’ dengan kekalahan kepada pasukan yang tidak membawa 15 pemain utama mereka itu.

Harimau Malaya dinilai terlalu selesa dengan deretan keputusan positif serta sanjungan tinggi selama ini dan kekalahan tersebut kembali membawa pasukan negara berpijak di bumi nyata.

Scroll to Top