Walau tak pakai baju ketat, ramai juga yang tonton lagu raya saya – Aliff Syukri

Walau tak pakai baju ketat, ramai juga yang tonton lagu raya saya – Aliff Syukri

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sepang: “Terima kasih kerana menjadikan video lagu raya terbaru saya paling banyak ditonton (di Youtube),” kata usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Penyanyi lagu raya kontroversi itu turut berterima kasih kepada orang ramai yang setia menanti lagu raya baharu daripadanya.

“Saya bersyukur kerana video lagu raya saya (yang terbaharu) dengan Iman Troye paling banyak ditonton (di YouTube).

“Alhamdulillah, walaupun saya tidak pakai baju ketat tetapi ramai juga yang menontonnya (lagu raya terbaharunya).

“Terima kasih kerana setia menantikan lagu saya. Karya saya ini dibuat untuk hiburan sahaja,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir di Mahkamah Sesyen, di sini, bagi mendengar keputusan di akhir kes pendakwaan bagi empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, prosiding hari ini memaklumkan keputusan itu ditangguhkan jam 10 pagi pada 14 Mac ini.

Klip muzik video lagu Raya Ya Ya nyanyian duet Aliff Syukri bersama Iman Troye yang dilancarkan sejak dua minggu lalu merekodkan 973,000 tontonan di YouTube, setakat hari ini.

Pada Februari lalu, penyanyi, Iman Troye, membuat laporan polis terhadap Aliff Syukri ekoran pergaduhan mereka ketika siaran langsung di TikTok mengenai video dimuat naik Iman yang mengkritik nyanyian usahawan kosmetik itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top