Bila video isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tular di media sosial, ramai terus kagum dengan cara beliau menjaga batas sambil tetap kekal berhemah di mata dunia.
Dalam video yang tersebar di X, Wan Azizah dilihat berjalan di atas pentas mengiringi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Tianjin, China pada 31 Ogos hingga 1 September.
Ketika Presiden China, Xi Jinping menghulurkan tangan untuk bersalaman, Wan Azizah dengan tenang hanya tunduk hormat tanpa menyentuh tangan beliau.
Xi Jinping beri isyarat faham dengan cara Wan Azizah…
Sebaik tiba di Tianjin, saya dan Azizah langsung ke Pusat Konvensyen Meijiang Tianjin untuk menghadiri majlis makan malam dan persembahan gala yang dihoskan oleh Presiden Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak SCO.
Saya amat menghargai ucapan tahniah yang dizahirkan Presiden Xi… pic.twitter.com/qLceL3R8o9
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) August 31, 2025
Reaksi itu nyata menunjukkan pendirian seorang wanita Muslim yang menjaga batas tanpa menjejaskan rasa hormat terhadap pemimpin besar dunia.
Apa yang menarik perhatian ramai, Xi Jinping tidak kelihatan janggal atau tersinggung. Malah beliau terus mengangguk tanda memahami isyarat Wan Azizah yang memilih untuk tidak berjabat tangan.
Selepas itu, Wan Azizah tetap meneruskan adat diplomasi apabila bersalaman dengan isteri Xi Jinping, Peng Liyuan yang berada di sisi suaminya.
Netizen kagum dengan cara Wan Azizah…
Ruangan komen di media sosial pula dipenuhi dengan kata-kata pujian terhadap Wan Azizah. Rata-rata memuji tindakannya yang dianggap sebagai contoh terbaik bagaimana seorang Muslimah berpegang pada prinsip tanpa menimbulkan salah faham.
Dia tunduk memberi hormat walaupun tidak bersalaman. Itulah ajaran Islam, wanita tidak menyentuh kulit lelaki yang bukan mahram.- Tulis seorang pengguna.
Malah ada yang menyifatkan tindakan itu tetap penuh kelas kerana Wan Azizah tetap menundukkan badan tanda hormat sehinggalah Xi Jinping menarik balik tangannya.

Pssttt! Kadang-kadang korang tak perlu pun nak berkeras untuk tegakkan prinsip. Cara Wan Azizah ni jelas tunjuk, kita boleh jaga batas agama sambil masih menjaga adab dan menghormati orang lain. Ingat, berpegang pada nilai bukan alasan untuk hilang rasa hormat.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




