Wanita di bawah pengaruh dadah mengamuk, serang polis dengan pisau

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan agresif seorang wanita yang di bawah pengaruh dadah menyerang anggota polis menggunakan sebilah pisau membawa padah apabila dia ditahan di kawasan Chan Sow Lin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kejadian apabila sepasukan polis cuba menangkap wanita berusia 20-an itu, pada jam 3.45 petang.

“Ketika proses tangkapan, suspek bertindak agresif dengan mengambil sebilah pisau lalu menyerang anggota polis.

“Hasil semakan lanjut bagaimanapun mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek disahkan positif ketamin.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata, dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top