Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyediakan pelbagai juadah istimewa sempena rumah terbuka Aidilfitri di kediaman Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok, Syed Saddiq meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan yang ditunjukkan Bella.
“Bella masak dari 6 pagi, dia ke dapur masak dari A sampai Z. Saya dan Jack tukang habiskan lauk. Selalu saya tolong, tapi pagi tu saya pergi joging.
“Saya pun rasa kasihan dekat Bella. Saya dah cakap nak ambil katering, tapi dia nak juga masak. Itulah dia, wanita luar biasa, Bella,” katanya.
Antara menu yang disediakan oleh Bella adalah, Makaroni, Aglio Olio, sayur campur, sambal udang, ayam masak merah dan banyak lagi.
Lebih mencuri perhatian, selepas selesai memasak dan menjamu tetamu yang hadir, Bella kelihatan bergegas dari kediaman Syed Saddiq demi memenuhi komitmen kerjanya.




