Minggu lalu kecoh di media sosial bila seorang wanita dikenali sebagai Iffah memuat naik video suaminya bersama skandal di sebuah klinik kesihatan di Kajang.
Video tersebut viral dengan pantas sampaikan orang ramai mula buat video parodi.
Namun, wanita yang dikenali sebagai Iffah tampil dengan satu hantaran panjang memohon maaf atas keterlanjurannya mendedahkan aib rumah tangga di media sosial.
Wanita akui tindakan dipengaruhi emosi…
Dalam kenyataannya, Iffah mengakui apa yang berlaku lebih dipengaruhi oleh emosi dan rasa marah yang ketika itu sukar dikawal.
Katanya, tindakan itu sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan hal peribadi yang patut diselesaikan dalam keluarga.
Dia turut menegaskan, penyebaran video itu hanya akan memberi lebih banyak kesan buruk, bukan sahaja kepada dirinya dan suami, malah anak-anak kecil serta keluarga besar turut terkesan dengan situasi berkenaan.
Mohon hentikan penyebaran video…
Iffah turut merayu jasa baik orang ramai yang pernah menerima, menonton, atau berkongsi semula video tersebut agar menghentikan penularannya di mana-mana platform.
Hal ini bukan sahaja melibatkan aib diri saya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar kami.- Jelasnya dalam hantaran itu.
Dalam masa sama, Iffah memaklumkan dia kini sedang berusaha menyelesaikan kemelut ini melalui saluran yang betul. Dia amat berharap masyarakat dapat menghormati ruang privasinya, memberikan sokongan moral, serta mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
Pssttt! Korang, bila emosi tengah membuak-buak memang mudah kita buat keputusan tanpa fikir panjang. Tapi bab rumah tangga ni, jangan sesekali dedahkan di media sosial sebab aib keluarga akan jadi tontonan umum. Ingat, doa lebih baik daripada membuka ruang fitnah.
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






