Wanita pasrah wajah nampak berusia, baru 24 disangka macam 45 tahun

Orang kata, umur perlu seiring dengan penampilan fizikal. Tapi ada juga individu yang dilihat lebih matang berbanding usia sebenar atas beberapa faktor seperti genetik, gaya hidup, solekan dan sebagainya.

Seperti orang wanita ini, dia agak kecewa apabila terdapat netizen menyamakan wajahnya dengan golongan berusia 40-an sedangkan baru menginjak 24 tahun.

Menerusi sebuah video di platform TikTok, Ilyana Zulhuda hanya mampu merakam wajahnya dan memberikan emoji ‘menangis’ sebagai respon terhadap netizen tersebut selepas dikritik kelihatan lebih berusia.

@ilyanazulhuda1

Balas kepada @alongkhai09 alaaaa 😭😭😭😭

♬ bunyi asal – Ilyana Zulhuda – Ilyana Zulhuda

“Alaaaa 😭😭😭😭,” balas usahawan butik kaftan itu.

Difahamkan, wanita berasal dari Kuantan itu memiliki seorang cahaya mata lelaki. Namun, tidak dapat dipastikan mengenai status perkahwinannya kerana ada menghasilkan video ‘bakal menantu mak awak’.

@ilyanazulhuda1

Ada ke yang nak buat menantu ? 🤭 #fyp #fypmenantumakawak #fypmalaysia #fypbakaljodoh #fyptiktok #fypviral #fypbusiness

♬ bunyi asal – Ilyana Zulhuda – Ilyana Zulhuda

Meninjau ke ruangan komen, ramai menasihati wanita tersebut supaya mengabaikan sahaja kritikan itu dimana Ilyana tetap nampak cantik selain menganggap umur hanya sekadar angka.

Biarlah apa tanggapan mereka, asalkan kita tahu menguruskan diri & tak menyakiti hati orang lain. Baru la tenang je hidup kan!

Sumber: TikTok @ilyanazulhuda1