JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Singapura yang disahkan positif COVID-19, ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat Muar, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar, PBK II Noralfatah Omar, berkata pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.46 pagi.
“Setiba di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya.
“Mangsa didapati sudah meninggal dunia dan disahkan positif COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). Jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas, tetapi tidak berani memasuki rumah kerana mangsa positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.– BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd




