Warga emas jual arak seludup ditahan

Iskandar Puteri: Warga emas ditahan kerana menjual arak seludup di sebuah rumah di Taman Nusa Perintis Dua, Gelang Patah di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan jam 4 petang itu, sebanyak 16 karton minuman keras pelbagai jenama dirampas.

“Lelaki berusia 60 tahun itu yang bertindak sebagai penjual mengaku memiliki kesemua barang terbabit. Semua arak yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mac 2021 @ 8:31 PM