harisfadli@hmetro.com.my
Kajang: Warga emas maut terjatuh ke dalam gaung tiga meter di kawasan perkuburan Cina di Jalan Cheras, Batu 11, di sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 9.46 malam Isnin.
“Jentera tiba di lokasi pada 10 malam dan komander operasi melaporkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Wave terbabas ke dalam gaung.
“Terdapat seorang mangsa merupakan lelaki berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd