Wawa & Aeril Zafrel kongsi rezeki, bagi air balang percuma sepanjang Ramadan

Wawa & Aeril Zafrel kongsi rezeki, bagi air balang percuma sepanjang Ramadan

Pasangan selebriti yang juga kini bergiat aktif dalam dunia perniagaan, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkongsi rezeki kepada orang ramai di sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Menerusi hantaran dikongsikan di platform media sosial @wawacosmeticsmalaysia, mereka memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan air balang pelbagai perisa yang dicampur dengan aiskrim secara percuma.

Dalam hantaran tersebut, Aeril dilihat sedang ‘mengacau’ air balang sehingga sebati sambil memasukkan aiskrim ke dalamnya sebelum memanggil orang yang berada di sekitar kawasan tersebut mendapatkan minuman yang dihasilkannya itu.

Difahamkan, orang ramai boleh mendapatkan air balang yang disediakan oleh team Wawa Cosmetics pada setiap petang sepanjang Ramadan di ibu pejabat syarikat kosmetik yang bertempat di Bandar Baru Bangi.

“Sempena Ramadan, kami nak bagi air secara percuma setiap petang pada jam 4.30 petang sehingga habis.
“Waze Wawa Cosmetics HQ”tulisnya.
@wawacosmeticsmalaysia

Sempena Ramadhan , kami nak bagi air secara percuma jee setiap petang jam 4:30 sehingga habis 📌 Waze je ( wawa cosmetic Hq ) jangan lupe datang .#wawacosmetics

♬ original sound – Nashrul Sekon – Nashrul Sekon

Rata-rata warganet tumpang seronok selain mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezei seluas lautan kerana berkongsi rezeki kepada orang ramai.

Alhamdulillah, semoga dimurahkan rezeki. Bagi sesiapa yang berkelapangan dan berada di sekitar kawasan tersebut bolehlah pergi ke lokasi yang dinyatakan.

Sumber: TikTok @wawacosmeticsmalaysia

Scroll to Top