Weng Son idam penamat sempurna sebelum bersara

Weng Son idam penamat sempurna sebelum bersara

Wong Weng Son. Foto Bernama

TIADA yang lebih menggembirakan buat mana-mana atlet selain menghadiahkan emas untuk negara sebelum menamatkan karier dalam sukan.

Itulah impian utama atlet wusyu senior lelaki negara Wong Weng Son yang menyatakan hasrat untuk bersara daripada sukan paling dicintainya itu pada penghujung tahun ini.

Weng Son yang menginjak usia 32 tahun berkata dua kejuaraan menjadi buruannya iaitu pada Kejohanan Wusyu Asia di Macau dan Piala Dunia Wusyu Taolu di Jepun, masing-masing berlangsung pada September dan Oktober ini.

“Sepatutnya saya mahu bersara pada tahun lepas mengikut jejak langkah atlet lain namun perancangan itu berubah.