Widad dan Bin Zayed berkerjasama bangunkan Widad@Langkasuka bernilai RM40bil di Langkawi

Sebelum ini, Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama khususnya dalam merangsang peluang ekonomi kedua-dua negara, sejurus sahaja reda penularan wabak pandemik COVID-19.

Kedua-dua negara ini memfokuskan tumpuan kepada pemulihan dan merangsang semula ekonomi yang terjejas akibat virus berkenaan.

Sebagai tanda permulaan kerjasama berkenaan, Bin Zayed International LLC (BZI), konglomerat dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) meluahkan hasrat bahawa bakal membawa masuk pelaburan sebanyak RM100 bilion kepada Malaysia.

Pelaburan ini sebagai satu tanda hubungan akrab antara Malaysia dan UAE yang sudah terjalin sekian lama.

Semasa majlis perjanjian kolaborasi di Kuala Lumpur, Pengarah Urusan Kumpulan BZI, Sheikh Midhat Kidwai, penyataan mengenai pelaburan berkenaan telah dikemukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

BZI mengambil inisiatif dengan menjalinan kerjasama bersama Widad Business Group Sdn Bhd (WBG), dalam konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu tempatan sebagai pelaburan sulungnya di negara ini.

Beliau menjelaskan, minat untuk melabur dalam projek infrastruktur mega dan konsesi Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang, menyebabkan pihak BZI sertai projek [email protected] yang bernilai RM40 bilion secara bersama.

Perkara ini dilihat memberi satu perkembangan yang positif kepada negara kerana mampu meningkatkan pemuliham ekonomi rakyat Malaysia disamping membuka lebih banyak lagi peluang pekerjaan.

Lokasi berkenaan akan dilengkapi dengan hotel dan resort bertaraf lima dan enam bintang, padang golf antarabangsa bersebelahan Marina Yacht Club, kompleks pejabat dan perniagaan antarabangsa, pusat membeli belah, institusi pengajian tinggi, kemudahan penjagaan kesihatan serta kediaman mewah.

Tambahan pula, rancangan untuk melaksanakan acara tahunan seperti Redbull Air Race, Power Boat Race, Jet Ski Race dan festival bunga api antarabangsa bakal diadakan untuk mempromosikan industri pelancongan di Langkawi.

[email protected] dijangka disiap dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi. Projek ini adalah tanda permulaan bagi kumpulan dari UAE ini untuk melaksanakan lebih lagi pelaburan dan projek mega yang lain!

Projek pembangunan moden bercirikan Islam bakal ini sekaligus mengubah landskap Langkawi dan bakal menjadi tarikan baru di lokasi pelancongan utama negara itu.