XTRA XSTAR 2025: Minggu Terakhir Undian Top 20, Pastikan Peserta Kegemaran Anda Tak Ketinggalan!

XTRA XSTAR 2025: Minggu Terakhir Undian Top 20, Pastikan Peserta Kegemaran Anda Tak Ketinggalan!

Fasa undian bagi kempen pencarian bakat baharu XTRA XSTAR 2025 kini semakin ke penghujung hanya berbaki tujuh hari sahaja sebelum tempoh mengundi ditutup pada 12 Oktober!

Sejak undian dibuka pada 23 September lalu, dua minggu pertama menyaksikan Qal Daienish terus unggul di tangga teratas dengan 36 peratus undian, manakala tempat kedua diduduki oleh Ku Faiz yang memperoleh 11 peratus undian.

Jika anda mahu melihat peserta pilihan anda mara ke showcase akhir XTRA XSTAR 2025, inilah masanya untuk bertindak! Undi sekarang di laman rasmi xtra.com.my/xtraxstar.

Siapakah lima finalis yang bakal melangkah ke pentas akhir pada 31 Oktober ini? Nantikan debarannya!

Bukan sekadar gelaran XSTAR 2025, juara juga akan membawa pulang kontrak rakaman dan pengurusan eksklusif bersama Alternate Records & Talents, selain menerima liputan meluas di platform XTRA dan Media Prima,  termasuk sesi temu bual eksklusif serta penampilan khas dalam rancangan hiburan popular.

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti @xtra_my di TikTok, Instagram, Facebook dan X.

Scroll to Top