“Ya Allah Berilah Ketabahan Buat Adik Tu” – Shiha Zikir Sedih, Terkenang Remaja Kehilangan 6 Keluarga Dalam Insiden Lemas

“Ya Allah Berilah Ketabahan Buat Adik Tu” – Shiha Zikir Sedih, Terkenang Remaja Kehilangan 6 Keluarga Dalam Insiden Lemas

Penyanyi Shiha Zikir meluahkan rasa sebak mengenangkan seorang remaja yang kehilangan ahli keluarganya sekaligus dalam insiden lemas yang berlaku di Jerlun, Kedah membabitkan enam orang ahli keluarga baru-baru ini.

Kata Shiha, setiap kali  mendengarkan lagu nyanyiannya berjudul, Renjana, dia akan terbayang ujian yang dihadapi remaja berkenaan yang dikenali sebagai Qisya Nur Izzat, 12.

“Bila dengar lagu Renjana, saya terbayang macam mana lah adikyang kehilangan satu famili tu hadap.

“Ya Allah berilah ketabahan buat adik tu,” katanya.

Sebelum ini,  berita kehilangan enam sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang dari rumah saudara di Taman Aman, Jitra ke Jerlun pada jam kira-kira 5.30 pagi Sabtu lalu terjawab apabila kenderaan dinaiki kesemua mereka ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Korok pada Isnin di mana kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Bagaimanapun, anak sulung mangsa, Putri Qisya tidak turut serta kerana berada di rumah neneknya di Jerlun ketika kejadian.

Terdahulu, pada Selasa, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkongsi menerusi laman Facebook miliknya menziarahi anak sulung mangsa.

“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah, Allah permudahkan.

“Thethe sayang Qisya, arwah mama Qisya nama Nurul Hidayah. Thethe baru Qisya, Nurulhidayah,” kongsinya.

 

Scroll to Top