
Sebahagian pekerja mengikuti ceramah kesihatan sempena Program Kebajikan Pekerja anjuran Yakult Malaysia yang bertujuan memupuk budaya hidup sihat di tempat kerja.
Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult Malaysia) menganjurkan Program Kebajikan Pekerja atau Employee Welfare Programme ( EWP) bagi memupuk budaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan pekerja di seluruh negara.
Menerusi program itu, Yakult Malaysia berkongsi pengetahuan mengenai amalan gaya hidup sihat secara percuma kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi swasta, syarikat dan kilang di seluruh negara.
Antara pengisian program ialah ceramah kesihatan yang merangkumi pelbagai topik seperti pemakanan seimbang, senaman, pengurusan tekanan, sistem imun dan kesihatan sistem penghadaman yang disampaikan oleh pegawai terlatih syarikat.
Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata, penganjuran EWP menunjukkan komitmen syarikat untuk menyumbang kepada kesejahteraan pekerja dengan mendekati mereka di tempat kerja.
Beliau berkata, pihak syarikat juga membantu mewujudkan suasana positif dan semangat kerjasama dalam kalangan pekerja selain menjalinkan hubungan yang baik antara organisasi.
“Menurut kajian oleh Dr Tomoaki Naito di Jepun, pengambilan Yakult secara berterusan dalam kalangan pekerja telah terbukti mengurangkan simptom jangkitan seperti batuk dan selsema serta tempoh hari sakit selain meningkatkan aktiviti sel imuniti.
“Hal ini menunjukkan Yakult dapat membantu meningkatkan produktiviti secara tidak langsung,” katanya lagi.
Jabatan, agensi, syarikat atau kilang yang berminat mengadakan program EWP di tempat masing-masing boleh menghantar permohonan atau jemputan program ini melalui laman sesawang Yakult Malaysia, www.yakult.com.my.



