Yatt Hamzah Hamil Kali Keenam Di Usia 40 Tahun

Sebelum ini pernah keguguran ketika kehamilan kelimanya pada tahun lalu, pelakon Yatt Hamzah mengumumkan berita gembira dirinya hamil lagi buat kali keenam.

Menerusi entri di Instagram, Yatt memaklumkan usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan tidak sabar menantikan kehadiran keluarga baru dijangka Julai depan.

BACA: Yatt Hamzah Kini Berpurdah, Mohon Doa Terus Istiqamah

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Alhamdulillah kehamilan keenam pada usia 40 tahun.

“Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan), patutnya dah boleh tahu jantina bayi kan? Rasanya bayi perempuan lagi ke atau lelaki. Apa pun Allah bagi, bonda terima sahaja alhamdulillah. Tak tahulah abahnya,” tulisnya.

Hamil kali keenam di usia 40 tahun, Yatt meluahkan rasa syukur kesihatannya masih baik meskipun kadangkala rasa lemah dan sering alami sakit pinggang.

Terdahulu, Yatt mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha kini berusia setahun.

Leave a Comment