Yayasan MBI serah Sumbangan Insentif Haji Muassasah di Parlimen Gombak

Yayasan MBI serah  Sumbangan Insentif Haji Muassasah di Parlimen Gombak

Hulu Kelang: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) melalui Yayasan MBI menyerahkan Sumbangan Insentif Haji Muassasah 2025 bagi Parlimen Gombak di Masjid Al-Ridhuan, di sini, hari ini.

Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sumbangan Insentif Haji Muassasah ini bukan sahaja bertujuan bagi mengurangkan beban kewangan bakal jemaah haji, tetapi menjadi manifestasi komitmen Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan umat Islam terus terbela, khususnya dalam melaksanakan

ibadah haji.

Ia juga mencerminkan keprihatinan pimpinan negeri terhadap rakyat yang sentiasa didahulukan dalam agenda pembangunan Selangor sebagai sebuah negeri maju dan sejahtera

Sebanyak RM6 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif Insentif Haji Muassasah 2025 di seluruh negeri Selangor yang memanfaatkan seramai 6,000 orang bakal jemaah haji.

Daripada jumlah tersebut, RM3 juta adalah sumbangan daripada Yayasan MBI, manakala RM3 juta lagi peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top