Yobe Malaysia lantik kumpulan ALPHA sebagai duta jenama pertama

Yobe Malaysia lantik kumpulan ALPHA sebagai duta jenama pertama

JENAMA yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan, Yobe Malaysia melantik kumpulan ALPHA sebagai duta jenama pertama sempena pelancaran cawangan berkonsep baharu Yobe Crafted di Tuah 1895 BBCC, di sini baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yobe Malaysia, Leon Tang berkata, pihaknya mahu Yobe Malaysia menjadi lebih daripada sekadar jenama yogurt sejuk beku dengan mencipta detik kegembiraan yang boleh dinikmati dan dikongsi bersama rakyat Malaysia.

“ALPHA dan Yobe Malaysia berkongsi identiti tempatan yang sama serta semangat untuk menghasilkan sesuatu yang segar buat generasi baharu.

“Bersama-sama, kami berharap dapat menunjukkan bahawa kebanggaan sebagai rakyat Malaysia mampu menjadi sumber kreativiti, keyakinan dan inspirasi,” katanya.

Sebelum itu, pelancaran diserikan dengan majlis menandatangani kerjasama dengan memperkenalkan ALPHA dianggotai Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Ray, Araff dan Sky sebagai duta jenama pertama Yobe Malaysia.

Pelantikan itu berlangsung bersempena musim Merdeka, sekali gus menyatukan dua nama tempatan menerusi mesej bersama, ‘Swirled in Malaysia, for the World’ bagi meraikan bakat Malaysia, budaya belia serta aspirasi membawa kreativiti tempatan ke persada dunia.

Yobe Crafted x ALPHA turut memperkenalkan siri pengalaman eksklusif buat peminat termasuk Yobe Stamp & Collect yang menampilkan koleksi kad foto eksklusif ALPHA, selain Yobe Crafted blind box dan barangan edisi terhad ALPHA yang mula ditawarkan kepada peminat.

Yobe Malaysia lantik kumpulan ALPHA sebagai duta jenama pertama

Kumpulan ALPHA dilantik sebagai duta jenama pertama Yobe Malaysia.

Dalam pada itu, pembukaan Yobe Crafted di Tuah 1895 BBCC menjadikan Yobe Malaysia kini mempunyai lima cawangan yang dibuka dalam tempoh hanya empat bulan.

Yobe Malaysia turut merancang membuka tujuh lagi cawangan menjelang akhir 2026.

Konsep baharu tersebut menghimpunkan rangkaian penuh yogurt sejuk beku dan pencuci mulut Yobe Malaysia, selain memperkenalkan inovasi produk baharu yang direka untuk dinikmati pada bila-bila masa.

Yobe Malaysia turut memperluas kehadirannya di seluruh negara menerusi rangkaian Yobe Crafted, Yobe Mini Vending dan konsep Yobe Crafted Flagship.

Perkembangan itu selari dengan janji jenama berkenaan, ‘Pure Happiness in Every Swirl’, dalam usaha memperkukuh identiti Yobe Malaysia sebagai jenama tempatan yang dekat dengan rakyat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yobe Malaysia dan promosi terkini, orang ramai boleh melayari laman rasmi Yobe Malaysia dan mengikuti akaun Instagram @yobemalaysia.

Scroll to Top