Bekas pelakon dan model, Zahnita Wilson dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menjalani rawatan pemutihan gigi di sebuah klinik pergigian di Kuantan.
Menerusi perkongsian klinik pergigian itu, Zahnita akhirnya mendapat kembali senyuman manisnya semula selepas menjalani beberapa rawatan.
Difahamkan, Zahnita menjalani rawatan pemutihan gigi serta composite veneer dan melakukan prosedur berkenaan sebanyak dua kali untuk mendapat hasil terbaik.
Dapat dilihat menerusi video tersebut, Zahnita tidak dapat menahan sebak apabila hasilnya serta mengucapkan terima kasih buat doktor yang merawat giginya.
