Zamri Vinoth ditahan di Perlis – Razarudin

Zamri Vinoth ditahan di Perlis – Razarudin

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu sebuah kuil susulan laporan polis yang dibuat ke atasnya di Taman Melati Indah, Kangar, Perlis, hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, Perlis, untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun mengenai satu komen di media sosial atas nama Zamri Vinoth yang dipercayai berhubung isu sebuah kuil yang mengandungi unsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.

“Pengadu mendapati komen berkenaan diletakkan pada artikel berita mengenai hasil rundingan penempatan semula tapak baharu kuil berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Permohonan reman terhadap lelaki itu akan dibuat esok,” katanya.

“Data preservation terhadap akaun Facebook Zamri Vinoth sudah dibuat dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah selesai membuat preservation,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top