Pelakon Zara Zya meluahkan rasa kecewa apabila difitnah kononnya sudah bernikah secara senyap di Thailand.
Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan mencalarkan reputasinya sebagai selebriti.

/ M Firdaus M Johari
Saya kecewa dan kesal apabila tuduhan seperti ini semakin berleluasa. Ia sangatlah tidak berasas, dan memang tak betul.- Jelasnya di laman Threads pada Isnin.
Zara turut berkongsi bahawa fitnah tersebut sampai kepadanya melalui kenalan rapat. Lebih mengejutkan, individu terbabit mendakwa memiliki sijil nikah sebagai bukti perkahwinan tersebut.
Namun perkara ini semakin serius selepas individu berkenaan mendakwa kononnya memiliki bukti sijil nikah kami di Thailand.- Tambahnya lagi.

Zara mengakui isu ini telah mengganggu emosinya dan dia kini bersedia untuk bersemuka dengan pihak yang menyebarkan fitnah tersebut bagi membersihkan namanya.
BACA: Zara Zya Sudah Penat Dengan Soalan Netizen Sehingga Menggores Hatinya
Untuk saman itu tidaklah tetapi saya nak bersemuka dengan individu tersebut dan tanya sendiri apa motif dia berbuat sebegitu. Saya nak nama saya kembali bersih.- Katanya tegas.
#OhmediaNasihat
Hati-hati menyebarkan sesuatu yang belum tentu benar. Fitnah bukan sahaja mencemarkan nama seseorang, malah boleh memusnahkan kehidupan mereka. Sebaiknya, kita lebihkan menyebar kebaikan dan bukan keburukan.





