Zarina Anjoulie Sokong Wanita Gaji RM8k ‘Reject’ Lelaki Gaji RM2k

Zarina Anjoulie Sokong Wanita Gaji RM8k ‘Reject’ Lelaki Gaji RM2k

Komen balas pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai berkenaan perbezaan gaji antara lelaki dan wanita dalam perhubungan.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita bertanyakan pendapat mengenai tindakan wanita yang bergaji RM8000 menolak lelaki bergaji RM2000.

BACA: Bekas Tunang Zarina Anjoulie Nafi Bercinta Dengan Zara Zya, Tak Tolak Jika Berjodoh

Membalas hantaran itu, Zarina tau lebih mesra disapa Anju berksta tidak salah untuk seorang wanita bergaji besar menolak lelaki bergaji kecil.

Anju berkata lagi, pengalaman lalu mengajarnya lelaki tidak akan membantu wanita yang berada dalam kesusahan.

“Tak salah. Saya dua kali kahwin kena benda sama. Mereka akan brain wash otak kita kononnya susah senang bersama. 

“Kalau awak susah seorang, tiada lelaki pun nak datang tolong tanggung awak. Kalau awak minta kebanyakkan mereka akan gelarkan awak sebagai ‘gold digger’ Jadi kenapa kita perempuan kena susah dengan lelaki?katanya.

Dalam pada itu, Anju berkata jika wanita boleh bekerja rasa, lelaki juga boleh melakukan perkara sama serta menyarankan kepada lelaki agar rajin dan berusaha untuk menambah pendapatan.


Scroll to Top