Zetrix AI sahkan tidak ingkar bayaran di tengah-tengah potensi pelanggaran kovenan sukuk

Zetrix AI sahkan tidak ingkar bayaran di tengah-tengah potensi pelanggaran kovenan sukuk

Kuala Lumpur: Zetrix AI Bhd mengesahkan tidak berlaku sebarang keingkaran bayaran setakat pengumuman hari ini, di tengah-tengah kemungkinan pelanggaran kovenan bagi program sukuk wakalah syarikat yang bernilai sehingga RM2 bilion.

Syarikat itu memaklumkan pihak pemegang amanah sukuk terbabit iaitu Pacific Trustee Bhd akan mengadakan mesyuarat bersama semua pemegang sukuk pada esok (23 Oktober) untuk membincangkan perkara itu dengan cadangan penyelesaian bagi menangani punca pelanggaran berhubung pegangan saham pemegang saham utama.

“Mesyuarat itu bertujuan memudah cara perbincangan konstruktif serta mengumpul maklum balas daripada pemegang sukuk berkaitan cadangan penyelesaian (yang dikemukakan).

“Sesi itu akan berperanan sebagai asas bagi merangka serta memuktamadkan satu pengaturan wajar yang dipersetujui bersama oleh semua pihak berkaitan,” maklum syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Pada masa sama, Zetrix AI kekal komited dalam memenuhi obligasi pembayaran sukuknya yang sejajar dengan jadual yang dipersetujui serta terus melaksanakan langkah wajar untuk menyokong komitmen kewangannya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan akan terus berbincang dengan pemegang amanah sukuk bagi menangani perkara itu dan pengumuman lanjut akan dibuat jika terdapat sebarang perkembangan penting, selaras dengan kewajipan pendedahan maklumat yang telah ditetapkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top