Sunday, November 29, 2020

Fazura Gembira Cincin Tunangnya Muat Dipakai Semula

Life: Selamat melahirkan cahaya mata sulung yang beri nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu, pelakon dan penyanyi cantik Nur Fazura sudah pun selesai menjalani proses berpantang selama 44 hari.

Menerusi perkongsian di Insta Story suaminya, Fattah Amin turut berkongsikan momen sedang menemani Fazura sedang makan makanan kegemarannya. Fattah berkata sudah lama isterinya teringin menikmati makanan tersebut.

Bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya, Fazura turut memuat naik foto di Insta Story meluahkan rasa gembira cincin tunangnya juga sudah muat untuk dipakai semula.

Dalam pada itu, meskipun gembira sudah habis menjalani proses berpentang, namun Fazura berkata dia tetap akan berjaga-jaga lebih-lebih lagi dari segi pemakanan.
Meskipun sudah sebulan berlalu, sehingga kini Fazura dan Fattah masih belum mendedahkan wajah bayi mereka kepada umum.

Malay News
Lifestyle Desk