10 sekolah terima dana RM10,000 dalam Kotex She Can

10 sekolah terima dana RM10,000 dalam Kotex She Can

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Semangat 10 guru dalam memperjuangkan pemerkasaan wanita melalui Projek Kotex She Can membuahkan hasil apabila mereka menerima geran sebanyak RM10,000 setiap sekolah daripada dana terkumpul RM100,000.

Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022 dengan geran dianugerahkan akan digunakan untuk menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan.

Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia Arvind lyer berkata, geran yang diberikan akan digunakan untuk pelbagai inisiatif meningkatkan akademik dan emosi dalam kalangan pelajar perempuan.

“Antara inisiatif termasuk program bengkel dan ceramah bertujuan untuk membina disiplin diri dan keyakinan fizikal, emosi dan intelek.

“inisiatif lain adalah menaik taraf kemudahan sekolah seperti bilik kaunseling, portal ilmu dan tandas,” katanya pada Majlis Penyerahan Dana Kotex She Can, di sini, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Arvind berkata, program itu adalah sebahagian daripada usaha Kotex dalam menamatkan fenomena kemiskinan haid di negara ini.

“Kemiskinan haid adalah sebenarnya lebih besar daripada masalah akses kepada tuala wanita. la juga merangkumi masalah kekurangan pendidikan pengurusan haid dan pengetahuan pengurusan sisa haid.

“Kekurangan kesedaran mengenai haid membawa kepada kepercayaan umum terhadap wanita yang tidak baik,” katanya.

Katanya, Kajian Kemiskinan dan Stigma Haid Kotex pda tahun lalu, mendedahkan lebih separuh dalam kalangan 746 murid perempuan berusia antara 10 dan 24 tahun ingin ponteng sekolah apabila mereka didatangi haid.

“Kira-kira 68 peratus pula masih percaya haid adalah subjek tabu dan kajian lisan lalu menunjukkan mereka takut untuk bersuara berkenaan haid kerana takut diusik dan diejek,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top