14 maut termasuk kanak-kanak, bas mini jatuh gaung

14 maut termasuk kanak-kanak, bas mini jatuh gaung

LIMA – Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Khamis selepas sebuah bas mini penumpang terjunam ke dalam gaung di bahagian Cajamarca di utara Peru, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Nahas berlaku di jalan menuju Chilete, berhampiran sektor Choten di daerah San Juan, apabila kenderaan itu, yang dikendalikan oleh syarikat La Veloz, terbabas daripada jalan, kata penyiar negara TV Peru.

Kanak-kanak antara yang maut, lapor penyiar swasta Sol TV, memetik Edson Roman, komander bomba di Banos del Inca.

Pasukan penyelamat tiba sejurus selepas kemalangan dan menjalankan pencarian sepanjang malam untuk menyelamatkan mangsa memandangkan kenderaan itu terperangkap dalam gaung.

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah bas mini penumpang terjunam ke dalam gaung. Foto Agensi

Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah bas mini penumpang terjunam ke dalam gaung. Foto Agensi

Mereka yang cedera dibawa oleh unit kecemasan ke Hospital Wilayah Cajamarca untuk rawatan perubatan khusus.

Pendakwa raya dan pegawai forensik melancarkan prosedur untuk mengenal pasti secara rasmi mayat mangsa dan menentukan punca kemalangan.

Pihak berkuasa juga sedang menyiasat percanggahan antara senarai rasmi penumpang dengan mangsa yang ditemui di tempat kejadian.- Bernama- Xinhua

Scroll to Top