“19 Orang Tak Dapat Dikesan” – Dakwaan Warga Israel Di Network School, JIM Jalankan Pemeriksaan

“19 Orang Tak Dapat Dikesan” – Dakwaan Warga Israel Di Network School, JIM Jalankan Pemeriksaan

Trending

Isu Network School, JIM kesan 19 individu yang masih gagal dikesan.

Kontroversi Network School di Forest City, Johor sebelum ini mencetuskan perhatian selepas timbul dakwaan program itu disertai warga Israel menggunakan pasport negara kedua.

BACA: Anwar Ibrahim Tegaskan Warga Israel Di Forest City Akan Diusir

Isu tersebut turut mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan menyeluruh.

JIM sudah periksa 379 warga asing

Terbaru, Harian Metro melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban mengesahkan pihaknya sudah menjalankan dua pemeriksaan imigresen di lokasi Network School.

Network School

Pemeriksaan itu melibatkan 379 warga asing yang berada di program berkenaan. Namun, JIM setakat ini tidak menemui perkara seperti yang didakwa.

Dalam semakan berasingan, JIM mengenal pasti seramai 430 individu terbabit dalam aktiviti berkaitan Network School. Daripada jumlah itu, 210 individu masih berada di Malaysia.

Ohmedia network school

Seramai 201 lagi pula sudah direkodkan keluar dari negara ini. Namun, 19 individu masih gagal dikesan pergerakan mereka.

Kita ada 19 orang yang tidak dapat dikesan pergerakannya. Mungkin mereka keluar secara tidak sah ataupun mereka juga masuk secara tidak sah. Itu yang kita kenal pasti dan kita akan buat siasatan lanjut. Kita akan kesan sama ada mereka ini masih berada di dalam negara ataupun mereka sudah keluar.

Zakaria berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan sama ada 19 individu itu masih berada di Malaysia atau sudah keluar secara tidak sah.

Beliau turut memaklumkan JIM bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu tersebut.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top