am@hmetro.com.my
Kota Tinggi: Meskipun lebih 20 tahun berhadapan banjir, ini kali pertama Penduduk Taman Aman, di sini menjalani ibadah puasa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Taufik Ismail, 55, menyifatkan ia pengalaman tidak dapat dilupakan dengan air mula naik di rumahnya sejak awal pagi selepas hujan semalaman.
“Ini kali pertama kami berpuasa di PPS selama 20 tahun menetap di taman ini, yang memang kawasan rendah (sentiasa banjir).
“Ketika pindah, paras air sudah berada cecah lutut, kini ia sudah mencecah paras pinggang, jadi memang perlu berpindah untuk keselamatan diri.
“Apa yang penting nyawa kita selamat, rumah tidak apa. Tambahan pula kita sejak dapat maklumat tentang amaran hujan lebat, kita memang sudah bersedia,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurutnya, dia bersyukur semua ahli keluarganya selamat dan banjir yang tidak naik mendadak membolehkannya menyelamatkan persiapan raya yang disediakan awal.
Bagaimanapun katanya, terdapat dua motosikal yang diparkir di rumah tidak sempat dialihkan ke tempat tinggi.
© New Straits Times Press (M) Bhd




