21 konsert tahun depan, peroleh RM80.25 juta dari pelbagai sektor

21 konsert tahun depan, peroleh RM80.25 juta dari pelbagai sektor

PETALING JAYA: Sebanyak 21 konsert melibatkan artis luar negara bakal diadakan pada tahun hadapan.

Kementerian Komunikasi memaklumkan, jumlah itu berdasarkan rekod pra permohonan penganjuran konsert yang dikemukakan oleh pihak penganjur setakat 31 Oktober lalu.

“Jumlah ini akan bertambah kerana syarat permohonan adalah 14 hari sebelum konsert diadakan.

“Penganjuran 21 konsert ini dijangka menarik 160,500 penonton yang memberi limpahan ekonomi sebanyak RM80.25 juta melibatkan pelbagai sektor seperti perhotelan, sewaan, pengangkutan dan makanan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang rasmi Parlimen Malaysia.

Kementerian itu juga komited dalam menyokong penganjuran konsert di Malaysia khusus melibatkan persembahan artis luar negara melalui Unit Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL). – UTUSAN

Scroll to Top